Sekolah Menengah Islam Integrasi Pintar Saujana Utama (SMIIPSU), telah ditubuhkan pada Disember 2016 bagi membina legasi Al Quran bergerak, dimana pendidikan Al Quran, akademik dan agama diharmonikan dan disepadukan di dalam satu sesi persekolahan.
SMIIPSU sentiasa berusaha membantu komuniti setempat dan sekitarnya membangunkan insan yang hafaz Al Quran, faham Al Quran dan dapat mengaplikasi kefahaman Al Quran sebaik-baiknya. Pelajar yang akan dilahirkan adalah pelajar yang:
Mampu bersaing dipasaran global
Berketrampilan
Bekerjasama
Berakhlak mulia
Mampan dengan segala cabaran
Soleh/solehah
SMIIPSU telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).